SJK(T) LADANG BUNTAR,
09800, SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.
§¾º¢Â Ũ¸ò ¾Á¢úôÀûÇ¢, Òó¾¡÷ §¾¡ð¼õ.
PROGRAM TRANSISI
TAHUN 1
TEMPOH : 3 -19 JANUARI 2012
JAWATAN KUASA PERLAKSANAAN
PENGERUSI : PN.J.UTHAA KUMARI
N.PENGERUSI : EN.M.KALAIMANY
SETIAUSAHA : CIK.K.PUNITHA MALAR
P.SETIAUSAHA : PN.A.NITHIA
AJK :
· PN.R.KALAISELVI
· EN.V.SHANMUGAM
· EN.K.TANGESWARAN
PENGENALAN
Program Transisi Prasekolah ke Tahun satu merupakan program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa sama program ini juga memastikan agar semua murid tahun satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.
Tujuan program:
1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di tahun 1.
3. Meningkatakan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.
Objektif;
1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal.
2. Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1.
3. Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses.
4. Menyesuaikan diri di kelas Tahun 1.
5. Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.
MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA
Minda Cerdas
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu sama lain serta penglibatan menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukan minda cerdas.Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka malalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada.Selain dari itu, malalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah.
Mata Bercahaya:
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan,suasana,persekitaran dan guru-guru yang baru.Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti –aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah,guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka.Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.
RANCANGAN TRANSISI MINGGU PERTAMA 2012 (SELASA)
MASA | AKTIVITI | TEMPAT | TINDAKAN |
7.45-8.15 | PERHIMPUNAN | Tapak perhimpunan | Guru bertugas |
8.15-9.15 | A.Menyambut kedatangan murid. B.Pengurusan kelas 1)Menanda kedatangan. 2)Sesi suai kenal | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
9.15-10.15 | A.Penerangan mengenai adab di sekolah. 1)Memberi salam kepada guru. 2)Membaca doa sebelum memulakan P&P 3)Tidak membuat bising. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
10.15-10.45 | REHAT | ||
10.45-11.45 | A.Memperkenalkan bilik utama di sekolah. Tandas Pejabat | Tandas Pejabat | Guru mengikut jadual |
11.45-12.15 | A.Kenali rakan. 1)Berkenalan dengan rakan baru di kiri kanan 2)Nyanyian dalam kumpulan. Murid berkenalan anatara satu sama lain. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
12.15-1.15 | Berkenaan dengan mesra 1)Murid berkumpul ikut nombor. 2)Murid memperkenalkan diri. (nama ahli keluarga, hobi, cita-cita, makanan kegemaran) 3)Tanya murid tentang aktiviti hari ini. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
RANCANGAN TRANSISI MINGGU PERTAMA 2012 (RABU)
MASA | AKTIVITI | TEMPAT | TINDAKAN |
7.45-8.45 | A.Menyambut kedatangan B.Pengurusan Kelas. 1)Membaca doa 2)Menanda kedatangan. 3)Pengucapan bertatasusila | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
8.45-9.45 | A.Pengurusn diri. 1)Cara menyikat rambut. 2)Cara penjagaan kuku. 3)Cara mengikat tali kasut. 4)Cara memakai tanda nama. | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
9.45-10.15 | A.Memperkenalkan bilik utama sekolah. Bilik guru. Pusat Sumber | Bilik Guru Pusat sumber | Guru mengikut jadual |
10.15-10.45 | REHAT | ||
10.45-11.45 | A.Aktiviti nyayian . 1)Buat kumpulan mengikut warna belon. 2)Menyanyi lagu secara kumpulan. 3)pertandingan tiub belon. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
11.45-12.45 | A.Berkenalan dengan mesra 1)Menunjukkan pergerakan haiwan. 2)Kumpulan hijau Lompat seperti katak. Kumpulan merah Berlari seperti kuda. | Tempat membuat aktiviti | Guru mengikut jadual. |
RANCANGAN TRANSISI MINGGU PERTAMA 2012 (KHAMIS)
MASA | AKTIVITI | TEMPAT | TINDAKAN |
7.45-8.45 | A.Menyambut kedatangan murid. B.Pengurusan Kelas 1)Membaca doa. 2)Menanda kedatngan. 3)Mengenali dan menyebut nama rakan. | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
8.45-9.45 | A.Menamakan haiwan. 1.Menyebut nama haiwan. 2.Meniru bunyi haiwan. 3.Mewarna gambar haiwan | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
9.45-10.15 | A.Sekolahku. Menyebut nama sekolah. Berbual apa yang ada di sekolah | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
10.15-10.45 | REHAT | ||
10.45-11.45 | A.Bercerita kisah teladan.(Singa dan tikus) 1.Bersoaljawab tentang cerita. 2)pengajaran daripada cerita, 3)Nilai murni yang terdapat dalam cerita. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
11.45-12.45 | A.Nyanyian lagu ABC. 1)Mengenali huruf besar dan huruf kecil. 2)Aktiviti kumpulan(mengelaskan huruf besar dan huruf kecil. 3)Tanya murid tentang aktiviti hari ini. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual. |
RANCANGAN TRANSISI MINGGU KEDUA 2012 (AHAD)
MASA | AKTIVITI | TEMPAT | TINDAKAN |
7.45-8.15 | PERHIMPUNAN | Dataran Perhimpunan | |
8.45-9.45 | A.Menyambut kedatangan murid B.Pengurusan kelas 1) Menanda kedatangan. 2) Memeriksa kebersihan dan kekemasan murid. 3)Penerangan tentang kebersihan diri. | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
9.45-10.15 | A.Bercerita kisah teladan (cth: Arnab dan kura-kura) 1.bersoaljawab tentang cerita. 2)Pengajaran daripada cerita. 3)Nilai murni yang terdapat dalam cerita. | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
10.15-10.45 | REHAT | ||
10.45-11.45 | A.keselamatan diri. 1) Penerangan mengenai keselamatan diri di sekolah dan di dalam kelas | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
11.45-12.45 | A.Mengenai benda-benda di dalam kelas. 1)Menyebut nama benda dalam kelas. 2)Mencari benda bersembunyi. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
12.45-1.15 | A.Dinamika kumpulan 1)Mengenal bentuk 2)Menyambung titik-titik mengikut bentuk dan mewarna. | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
RANCANGAN TRANSISI MINGGU KEDUA 2012 (ISNIN)
MASA | AKTIVITI | TEMPAT | TINDAKAN |
7.45-8.45 | A.Menyambut kedatangan murid. B.Pengurusan kelas. 1)Menanda kedatangan. 2)Budaya sekolah. (Beri salam, sikap dan pakaian) | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
8.45-9.45 | A.Mewarna, menggunting dan menampal gambar bunga. 1)Menilai hasil kerja. 2)Bersoaljawab mengenai hasil kerja murid. | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
9.45-10.15 | A.Pendidikan kesihatan. 1)Penerangan tentang kebersihan diri. 2)Cara membasuh tangan dengan betul. 3)Memeriksa kebersihan diri sendiri. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
10.15-10.45 | REHAT | ||
10.45-11.45 | Bercerita mengenai buah-buahan tempatan. 1)Bersoaljawab tentang buah-buahan. 2)Mewarna gambar buah. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
11.45-12.45 | A.Mengadakan pergerakan lokomotor. 1)Berjalan seperti kura-kura. 2)Melompat seperti kanggaru. 3)Permainan kecil. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual. |
RANCANGAN TRANSISI MINGGU KEDUA 2012 (SELASA)
MASA | AKTIVITI | TEMPAT | TINDAKAN |
7.45-8.45 | A.Menyambut kedatnagn murid. B.Pengurusan kelas. 1)Menanda kedatangan. 2)Cara keluar kelas dan tempat berkumpul. | Luar bilik darjah | Guru mengikut jadual |
8.45-9.45 | Persembahan LCD Cerita moral | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
9.45-10.15 | Persemahan murid (poison box) | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
10.15-10.45 | REHAT | ||
10.45-11.45 | Memperkenalkan huruf-huruf kecil. Mencantumkan titik-titik menjadi huruf. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
11.45-12.45 | A.Menulis nama. 1)Menanyakan nama murid. 2)Menulis nama sendiri. 3)menghias nama dalam kertas lukisan. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual. |
RANCANGAN TRANSISI MINGGU KEDUA 2012 (RABU)
MASA | AKTIVITI | TEMPAT | TINDAKAN |
7.45-8.45 | A.Peraturan sekolah 1)Menepati masa. 2)Menghormati guru-guru. 3)Peraturan di kantin | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
8.45-9.45 | A.Menyanyi lagu. 1)Nyanyi lagu negaraku. 2)Mewarna gambar Jalur Gemilang. | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
9.45-10.15 | A.Bina kumpulan. 1)Bersalam dan berkenalan. 2)Murid menyoal rakan dalam kumpulan untuk mengumpul maklumat. 3)Menanyakan nama, warna kegemaran, tempat tinggal dan sebagainya. 4)Membuat pembentangan. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
10.15-10.45 | REHAT | ||
10.45-11.45 | Bina kumpulan untuk permainan. 1)Guru akan member kad kepada seorang murid dalam kumpulan tersebut. 2)Murid itu akan melakonkan kepada kumpulannya untuk mendapatkan jawapan. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
11.45-12.45 | A. Pertandingan kumpulan. 1)Menulis huruf dalam kumpulan. 2)Menguji pengetahuan sedia ada. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual. |
RANCANGAN TRANSISI MINGGU KEDUA 2012 (KHAMIS)
MASA | AKTIVITI | TEMPAT | TINDAKAN |
7.45-8.45 | A.Menyambut kedatangan murid. B.Pengurusan kelas. 1)Menanda kedatangan. 2)Budaya sekolah. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
8.45-9.45 | A.Mengenali anggota badan 1)Kepentingan menjaga kebersihan anggota badan. 2)Menyanyi lagu bangun pagi. | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
9.45-10.15 | A.Mengenali rakan baru. 1)Bersopan dalam kelas. 2)Mengenali Guru Besar. 3)Mengenali Penolong Kanan. 4)Mengenali guru matapelajaran. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
10.15-10.45 | REHAT | ||
10.45-11.45 | A.Pendidikan Seni. 1)Murid melukis benda-benda yang terdapat dalam kelas. 2)Mewarna benda-benda tersebut. 3)Meneka nama benda-benda tersebut. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
11.45-12.45 | A.Mengingat kembali apa yang diajar. 1)Menyanyi | Luar kelas | Guru mengikut jadual. |
RANCANGAN TRANSISI MINGGU KETIGA 2012 (ISNIN)
MASA | AKTIVITI | TEMPAT | TINDAKAN |
7.45-8.45 | A.Rutin kelas Doa 1)Murid akan melukis ahli keluarga dan menamakan mereka. 2)Memupuk nilai kasih sayang. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
8.45-9.45 | Permainan (Jigsaw puzzle) 10Murid-murid akan mencantumkan huruf-huruf yang telag dipotong. 2)Membaca huruf-huruf yang dicantumkan oleh murid . 3)Guru member ganjaran. | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
9.45-10.15 | A.Mengira gambar. 1)Murid akan mengira gambar yang disebut oleh guru. 2)Murid akan mengira dan menyebut jumlahnya. 3)Murid akan menukar gambar dengan kumpulan lain dan mengira lagi. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
10.15-10.45 | REHAT | ||
10.45-11.45 | A.Menyanyi sambil menari. 1)Murid-murid akan menyanyi lagu yang telah belajar di Prasekolah. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
11.45-12.45 | Setiap murid akan mengira nombor sehingga 20 | Padang sekolah | Guru mengikut jadual. |
RANCANGAN TRANSISI MINGGU KETIGA 2012 (SELASA)
MASA | AKTIVITI | TEMPAT | TINDAKAN |
7.45-8.45 | A.Menyambut kedatangan murid. B.Pengurusan kelas. 1)Menanda kedatangan. 2)Budaya sekolah. (Beri salam, sikap dan pakaian) | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
8.45-9.45 | A.Menyanyi lagu. 1)Menyanyi lagu Negaraku. 2)Penjelasan tentang lagu Negara Ku. | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
9.45-10.15 | A.Pendidikan Moral. 1)Penerangan tentang nilai-nilai moral. 2)Murid-murid bercerita. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
10.15-10.45 | REHAT | ||
10.45-11.45 | A.Mengenali makanan yang berkhasiat. 1)Bersoaljawab tentang makanan berkhasiat. 2)Mewarna gambar. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
11.45-12.45 | A.Rutin kelas. 1)Membersih kelas. 2)mengemaskan barangan B.Bersurai | Bilik darjah | Guru mengikut jadual. |
RANCANGAN TRANSISI MINGGU KETIGA 2012 (RABU)
MASA | AKTIVITI | TEMPAT | TINDAKAN |
7.45-8.45 | A.Menyambut kedatangn murid. B.Pengurusan kelas. 1)Menanda kedatangan. 2)Budaya sekolah. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
8.45-9.45 | A.Permainan kumpulan. | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
9.45-10.15 | A.latihan menulis. (Bahasa Tamil) | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
10.15-10.45 | REHAT | ||
10.45-11.45 | A.Latihan Menulis (Bahasa Malaysia) | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
11.45-12.45 | A.Rutin kelas. 1)Membersihkan kelas. 2)Mengemas barangan. B.Bersurai. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual. |
RANCANGAN TRANSISI MINGGU KETIGA 2012 (KHAMIS)
MASA | AKTIVITI | TEMPAT | TINDAKAN |
7.45-8.45 | A.Menyambut kedatangan murid. B.Pengurusan kelas. 1)Menanda kedatangan. 2) Budaya sekolah. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
8.45-9.45 | A.Permainan dalam kumpulan. | Bilik Darjah | Guru mengikut jadual |
9.45-10.15 | Majlis penutup Ucapan Guru besar. Persembahan murid. Penyampaian hadiah dan jamuan. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
10.15-10.45 | REHAT | ||
10.45-12.45 | A.Rutin kelas 1)Membersih kelas 2)Mengemaskan barangan. 3)Bersurai. | Bilik darjah | Guru mengikut jadual |
SJK(T) LADANG BUNTAR ,09800 SERDANG , KEDAH.
MINIT MESYUARAT PERTAMA JAWATAN KUASA TRANSISI
BAGI TAHUN 2012
Tarikh | 28-12-2012 |
Masa | 10.00 pagi |
Tempat | Perpustakaan sekolah |
Kehadiran | Pn.J.Uthaa Kumari En.M.Kalaimany En.V.Shanmugam Pn.A.Nithia Pn.Kalaiselvi Cik.Punitha Malar En.Tangeswaran |
1.0) Ucapan Aluan Penyelaras
1.1 Penyelaras mengucapkan selamat sejahtera kepada semua guru dan mengalu-alukan
kedatangan guru-guru ke mesyuarat Program Transisi 2012
1.2 Penyelaras memaklumkan Program transisi perlu dilaksanakan selama 3 minggu.
Berdasarkan Kurikulum Standart Sekolah Rendah melalui Program Transisi murid-murid dapat menghayati nilai-nilai murni dan membangun model insan dalam semua aspek, selain itu, program ini dapat meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.
2.0) Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
2.1 Tiada
3.0) Perkara-perkara berbangkit
3.1 Tiada
4.0) Agenda
4.1 Satu jawatankuasa dilantik demi pelaksanaan Program Transisi 2012. Jawatan kuasa ini perlu
Menjalankan program transisi selama 3 minggu dengan berpandukan rancangan transisi.
Seterusnya memastikan murid-murid tahun 1 perlu bebas bergaul dengan rakan, guru dan
orang lain dengan gaya perbualan yang bermoral.
4.2 Guru-guru yang terlibat haruslah memerhati penglibatan murid dalam aspek bertutur,
mendengar, membaca dan menulis.
4.3 Dokumen standard kurikulum dan rancangan tahunan hendaklah disediakan sebelum tamat
program transisi. Ini bertujuan memudahkan guru-guru dapat melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan mudah.
5.0)Rancangan Tahunan 2012
5.1 Satu perjumpaan ibubapa ataupun waris diadakan untuk memberitahu pelaksanaan KSSR.
5.2 satu motivasi untuk murid-murid tahun satu dilaksanakan.
6.0 Hal-hal lain
6.1 Tiada
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah hari.
|
…………………………
(Cik.K.Punitha Malar)
terima kasih banyak-banyak atas perkongsian
ReplyDelete